Wednesday, June 17, 2009

ketika kanak-kanak berlari ke arahmu...


seronok sebenarnya tugas yang dipikul.. memantau kebajikan anak-anak ini..
senang menggunakan perkataan anak-anak.. terasa dekat di hati berbanding kanak-kanak.. namun maksudnya mirip serupa..
hampir kesemua anak-anak ini punya ibubapa.. tidak kurang yang kehilangan ibu/bapa diusia yang sungguh muda..
walaupun setiap mereka punyai ibubapa.. anak-anak ini masih perlu diberi perhatian sewajarnya...

sekiranya tiada tugasan di ofis, saya akan meluangkan lebih masa bersama anak-anak ini..
bergilir-gilir setiap cawangan.. apakan daya cawangan jauh di kerteh dan paka belum sempat saya lawati.. mohon kemaafan kerana faktor masa dan komitmen lain membataskan pergerakan..

anak-anak sungguh istimewa.. saya cuba untuk mengelak perasaan bosan mereka dengan melakukan aktiviti senang,ringkas dan mudah supaya sel2 neuron mereka yang sedang aktif berkembang ketika ini tidak disia-siakan.. mengenalkan mereka tentang pelbagai jenis binatang, mengajar mereka melukis dan mewarna, melompat sebagai aktiviti fizikal membuatkan hubungan kami erat..

kerana itu.. setiap kali saya mengunjungi cawangan mereka akan meluru memeluk.. memanggil nama dan ada yang mencium pipi saya.. pemberian anak-anak ini sungguh meresap ke dalam jiwa saya.. sungguh mereka insan yg cukup istimewa dimata saya..

walau saya disana mungkin tidak lama.. saya akan berusaha meluagkan masa bersama mereka.. kerana anak-anak ini telah menjadi sebahagian dalam hidup saya...

hati anak-anak ini suci dan indah.. kedamaian dan ketenangan mengalir ketika pelukan kasih sayang menyatukan hati~

No comments:

Post a Comment