Thursday, June 25, 2009

Antara emosi dan rasional

Pada 22 jun yang lalu, satu peristiwa telah berlaku.. di mana pertengkaran kecil melibatkan saya dan juga seorang staf ini. Saya pun tidak tahu dengan jelas apa puncanya. Yang pasti, ianya bermula apabila staf ini melembang barang yang ingin diserahkan pd cawangan yang berada diatas meja.. ianya diselerakkan 2,3 kali.. ketika itu saya mengadap komputer untuk mereleasekan tekanan yang biasa berlaku ketika kerja tengah bertimbun di ofis.

Saya rasa tak salah untuk saya melegakan tegangan yang saya hadapi dengan melayari internet. Kerana bagi saya masing2 ada cara sendiri bagaimana menguruskan tekanan. Ada yang bercakap2.. yang akhirnya boleh menjerumus kepada perbuatan mengumpat. Dan saya secara peribadi tidak suka sangat bercakap2. Apatah lagi ketika itu banyak kerja yang perlu diuruskan.

Saya agak kesal dengan sikap staf tersebut kerana menyelerakkan apa yg telah saya disusun. Saya pasti dia mencari sesuatu. Kalau dia susun balik tidak mengapa bagi saya. Tapi akhirnya dibiarkan barang2 itu berselerakan. Hal itu menyebabkan hati saya menjadi panas. Saya lalu menegur staf itu supaya bertanya saya apa yang dia ingin cari di bilik saya itu. Dan saya menegur perbuatannya yang menyelerakkan barang dan 2,3 kali mencari barang ditempat yang sama.

Teguran saya tadi tidak dihindarkan. Lalu dia keluar dengan barang yang berselerak dan dia tidak mendapat apa yang dia inginkan. Saya kembali meneruskan pelayaran saya di dunia siber. Terdapat beberapa sebab kenapa saya selalu dilihat melayari internet ketika waktu kerja.

1) Oleh kerana tugasan saya bertembung dengan persiapan untuk peperiksaan tadika, iaitu penggunaan mesin fotokopi waktu itu diperlukan oleh kedua2 pihak, saya dan unit peperiksaan, maka saya akan menyelesaikan dahulu apa yang saya mampu selesaikan ketika itu terlebih dahulu.

2) Dan selepas kerja-kerja itu selesai, saya akan melayari internet jika mesin sebijik itu masih digunakan oleh unit peperiksaan.

3) Saya harus memberi laluan pada unit tersebut memandangkan peperiksaan makin menjelang tiba.

Dalam situasi itu, saya perlu memikirkan banyak perkara. Hal yang banyak ini tidak saya kongsi dengan staf yang lain kerana saya fikir saya mampu melaksanakannya dan saya akan cuba melaksanakannya dengan baik. Walaupun sebelum ini(pengalaman2 dulu) ternyata pembahagian tugas dilakukan dengan baik.

1) Saya perlu segera menyiapkan segala surat2 untuk diedarkan kepada ibubapa kanak2 yang jumlahnya hampir 400 org yang dianggarkan menyertai Hari Keluarga dan Sukan dan lebih 500 untuk mohon sumbangan bagi yang tidak berkesempatan menyertai program tersebut. Dengan jumlah cawangan sebanyak 14 cawangan. Surat yang perlu diedarkan bukan satu surat untuk seorang budak. Tapi merangkumi surat sumbangan, pelan lokasi, surat makluman program, surat maklumbalas kehadiran,surat penyertaan kanak2 dan borang penyertaan ibubapa.

2) Pembahagiaan kupon dan segala kupon yang masih belum mencukupi perlu saya proses supaya sentiasa mencukupi apabila ada permintaan.

Saya perlu korbankan masa rehat saya untuk mengambil peluang melakukan fotostat ketika staf lain rehat dan tidak menggunakan mesin tersebut. Saya perlu melakukan aktiviti fotostat itu sedikit2 supaya tidak berlaku banyak pembaziran dari segi penggunaan kertas. Dan apabila tidak mencukupi terpaksa tunggu untuk memberi laluan pada unit peperiksaan. Begitulah dan seterusnya.

Namun, perasaan kecewa menyelubungi kerana terdapat staf seorang ini yang menuduh saya tidak buat kerja. Dalam erti kata lain saya tidak busy kerana melayari internet. Saya sangat terkilan. Dan dia siap bertanya pada saya apa yang saya buat selama ini..saya tidak menjawab soalan budak2 staf itu kerana bagi saya itu hanya membuang masa saya saja..lalu dia mengeraskan suara dia dengan menyuruh saya menjawab soalannya tadi... argh hati saya sudah lama bersabar dengan sikapnya.. apa yang dia dengki dengan saya pun saya tidak tahu.. akhirnya saya memanggil staf senior dibilik sebelah dan bertanya pada staf senior itu apa masalah staf lelaki sorang ni.. saya betul2 tidak faham..

to be cont..ed..

Wednesday, June 17, 2009

ketika kanak-kanak berlari ke arahmu...


seronok sebenarnya tugas yang dipikul.. memantau kebajikan anak-anak ini..
senang menggunakan perkataan anak-anak.. terasa dekat di hati berbanding kanak-kanak.. namun maksudnya mirip serupa..
hampir kesemua anak-anak ini punya ibubapa.. tidak kurang yang kehilangan ibu/bapa diusia yang sungguh muda..
walaupun setiap mereka punyai ibubapa.. anak-anak ini masih perlu diberi perhatian sewajarnya...

sekiranya tiada tugasan di ofis, saya akan meluangkan lebih masa bersama anak-anak ini..
bergilir-gilir setiap cawangan.. apakan daya cawangan jauh di kerteh dan paka belum sempat saya lawati.. mohon kemaafan kerana faktor masa dan komitmen lain membataskan pergerakan..

anak-anak sungguh istimewa.. saya cuba untuk mengelak perasaan bosan mereka dengan melakukan aktiviti senang,ringkas dan mudah supaya sel2 neuron mereka yang sedang aktif berkembang ketika ini tidak disia-siakan.. mengenalkan mereka tentang pelbagai jenis binatang, mengajar mereka melukis dan mewarna, melompat sebagai aktiviti fizikal membuatkan hubungan kami erat..

kerana itu.. setiap kali saya mengunjungi cawangan mereka akan meluru memeluk.. memanggil nama dan ada yang mencium pipi saya.. pemberian anak-anak ini sungguh meresap ke dalam jiwa saya.. sungguh mereka insan yg cukup istimewa dimata saya..

walau saya disana mungkin tidak lama.. saya akan berusaha meluagkan masa bersama mereka.. kerana anak-anak ini telah menjadi sebahagian dalam hidup saya...

hati anak-anak ini suci dan indah.. kedamaian dan ketenangan mengalir ketika pelukan kasih sayang menyatukan hati~

Strange foreign beauty ~ Michael Learns To Rock


Strange foreign beauty
I'll never know what�s in your heart
Does anyone know how it feels to hold you
Does anyone know the secret of your mind

Strange foreign beauty
I'll never come to share your world
Does anyone know how it feels to live with you
Does anyone know the secret of your life

Strange foreign beauty
You'll never know what I felt for you
Sometimes it feels like a million chances
Are slipping away disappearing in the air

Post chorus:
(you'll) never know what I felt for you
You were always on my mind
(I'll) never know how it feels to hold you
How it feels to be with you

Tuesday, June 16, 2009

erk.. dh lama sangat menghilang

Hari ini ingin bercerita tentang iman yg gemuk dan kurus.. erk

Hidup penuh ketidaktentuan..ada masa iman naik, ingatan pd Tuhan sentiasa menyuburi..
apabila saat runtunan nafsu menguasai... betapa lemah jiwa ini..

Namun hidup manusia semua begitu.. ibarat putaran roda.. itu lah iman.. diri bukan sempurna. malah bukan juga dilahir menjadi kekasih Ilahi.. berusaha.. itu lah jawapannya..

Sejauh mana usaha itu perlu dikaji selidik sepanjang masa.. agar pergerakan masa sntiasa diisi dengan mujahadah kepadaNya..

Ayuh diri!! Puasa itu ketenangan~

IT is we...-Richard Bach

Within each of us lies the power of our consent to health and sickness, to riches and poverty, to freedom and to slavery. It is we who control these, and not another. -Richard Bach

Thursday, April 23, 2009

let be a BIG achievers


A technique of BIG achievers: With your body relaxed, form a mental picture of what you want. Concentrate! Hold that picture for two minutes. Picture it so clearly that you can see yourself doing it, or being it, or having it.

Friday, March 20, 2009

imaginati@n life creation


To speed your success, twice a day form a clear mental picture for two minutes of the one thing you want; and tell yourself it's already yours. Imagine it is.

Monday, March 16, 2009

no work,no success

haTi berBisiK...





Malam Bertandang

Hati Berbisik Mengenang

Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi


Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri

Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan

t@ke action~


Action may not always bring happiness, but there is no happiness without action. -Benjamin Disraeli

Alamak nilai ringgit makin jatuh?!!


Kajian pakar mengatakan nilai ringgit akan semakin jatuh!

Mungkin 1 USD selepas ini bersamaan RM4.

Satu nilai yang cukup membebankan kita sebagai rakyat Malaysia.

Terbukti! Kini ekonomi kapitalis semakin tenat.

Semakin ramai yang kehilangan sumber pendapatan.

Adakah kita semua bersedia dengan keadaan ini?


Cadangan tips:

Sudahkah kita membaca The Millionaire In Me oleh Azizi Ali?

Secara umumnya konsep yg cuba diperkenalkan oleh beliau telah lama diketahui

dibarat yakni kita perlu ada '2nd Job" atau pekerjaan kedua

untuk menambah pendapatan serta pendapatan kedua itu digunakan untuk membuat

pelaburan dan seterusnya menjadi kaya.

Bunyinya mudah dan biarpun ianya boleh dilakukan, saya sendiri pernah

melakukannya dan sedang melakukannya, hakikatnya ianya bukan sesuatu yg mudah,

jadi jika anda ingin mengikuti apa yg saya dibicarakan didalam buku ini,

terlebih dahulu anda perlu melakukan kajian terlebih dulu dan

yang paling penting mengenali diri anda dahulu(tahap diri).

Monday, March 9, 2009

....by Henry Truman


I studied the lives of great men and famous women, and I found that the men and women who got to the top were those who did the jobs they had in hand, with everything they had of energy and enthusiasm. -Henry Truman

Saturday, March 7, 2009

Kegawatan mengundang keluhan ini...


Seringkali kita mendengar orang di sekeliling kita mengeluh.
Antaranya adalah:

1. Saya teringin membahagiakan keluarga saya dengan memiliki
rumah, kenderaan selesa dan melancong. Namun, saya masih
banyak lagi komitmen lain yang perlu dipenuhi.

2. Setiap kali musim gaji, tugas saya hanya mengagihkan gaji
bulanan itu bagi menjelaskan pelbagai jenis bil dan hutang.
Belum sampai 15 hari bulan, saya sudah termenung dan
menunggu lagi tiba hujung bulan. Apalah nasib saya.

3. Kereta saya selalu meragam. Setiap bulan saya perlu bayar
ansuran. Dalam masa yang sama membayar kos membaikinya
yang sudah tentu lebih banyak daripada ansuran bulanan.

4. Ramai orang menyangkakan kami suami isteri banyak duit.
Tetapi mereka tidak tahu keadaan kami yang sebenarnya.
Saya selalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk
mengekalkan tanggapan mereka.

5. Walaupun pendapatan kami berdua memang tinggi, namun kos
hidup yang tinggi menyebabkan kami sering kesempitan duit.
Kami memerlukan pendapatan tambahan.

6. Adik beradik saya sentiasa mencemuh saya kerana jarang
menyumbang kepada ibu bapa sepertimana yang mereka lakukan.
Saya terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga kerana
saya sememangnya tidak mampu.

7. Setiap kali musim raya, hati saya sering gelisah memikirkan
baju raya anak-anak dan juadah istimewa untuk tetamu. Saya
terpaksa guna kad kredit/berhutang demi menjaga maruah.

Sahabatku, dapat dibuat kesimpulan bahawa rata-rata
masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkisar pada
masalah kewangan. Memang WANG bukanlah segala-galanya, tetapi
SEGALA-GALANYA memerlukan WANG. Hendak sekolahkan anak,
membina rumah, menunaikan Haji di Mekah, sehingga nak masuk
tandas awam pun kena guna WANG.

Adakah kita hanya sekadar mengeluh nasib yang menimpa diri
atau pun cuba melakukan sesuatu buat masa ini?
Keluhan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah.

Apa yang perlu bagi kita ialah bertindak, dengan kata lain.
Kurangkan perbelanjaan, tingkatkan pendapatan.

Apa yang perlu adalah kesanggupan. Tanya diri kita.
Sanggupkah saya mengeluarkan RM1000 untuk memiliki RM10,000?

Keluarlah dari zon selesa dan bertindak!

Semoga kita dapat merealisasikan matlamat untuk menjadi kaya raya
malah seorang jutawan!

Berikut adalah satu laman yang boleh dijadikan motivasi.
http://kisahjutawan.blogspot.com

MOtivasi or Roti Basi..huh


Dush..bila bercakap tentang motivasi ni,rasanya dah berpuluh buku motivasi dah khatam. Tapi tindakannya jauh sekali.Lembab+Lesu+Letih..

Argh...kadang2 bosan dengan kata2 sebegini.

"Ini semua bukan aku!!"

- begitu jiwa memberontak mahu dibebaskan dari digelangi perkataan2 sinis tajam tersebut.

Namun ini lah yang terjadi. Bukan menunding telunjuk pada insan lain. Tapi empat jari ini menunding pada diri sendiri akhirnya.

Malas berusaha+keyakinan diri yang rendah (atau omputih kata low self esteem)+Hidup dalam keselesaan 'buatan'- Beginikah org Melayu?

Balik-balik, saya jugak yang terkena..Tiba-tiba saya teringat satu blog yang saya ikuti perkembanganya..iaitu blog saifulislam.com..

Saya ingin mencari balik artikel mengenai kepimpinan yang unggul..tulisannya sangat menarik.
Dan saya akan post kan disini..insyaAllah.

Dan kesudahannya untuk menjadi manusia yang hebat,kita perlu sgt dekat dengan Allah..Itu yang saya fahami..dan saya ingin mencari jalanNya...

Reunion +kecil+



Thank God.Bayangkan dah berapa lama tak jumpa kawan2 satu sekolah rendah dan menengah dulu. Akhirnya dipertemukan hari ni. Walau tak ramai mana pun. Namun tetap rancak berkongsi kenangan dan bertanya khabar rakan-rakan yang lain. Lepas satu2 cerita yang timbul. Tidak kurang yang mencuit hati.Nanti saya cuba upload gambar rakan2 disini.

Shahida atau lebih mesra dgn gelaran manja ayu sekarang telah pun menjadi seorang ibu pd Amsyar yang comel.

"Geram la sheda nak cubit pipi dia..hehe"

Yang lain2 Fara, Ainul mungkin menghitung hari menunggu hari-hari yang membahagiakan.
Saya?Aduh paling awal pun mungkin tahun depan. 10.10.2010 tarikh yang cantik bukan?

Tidak mahu lanjut cerita berkisar tentang ini. Kerana perjuangan hidup masih berlum diteroka sepenuhnya. Biar ku gapai impianku itu digenggaman. Namun menolak takdir yang datang bukan lah saya. Kita hanya mampu berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah aku untuk mendapat pasangan yang terbaik, pada waktu yang tepat dan dengan cara yang diredhaiMu...ameen"

Oh..ketika msg2 mau beredar, sempat saya edarkan flayers produk2 DCL yang best tu pd rakan. Tak sangka pulak Fara pernah makan produk +killer+ DCL tu. Maksud saya Bidadari.

"Allhamdulillah, berkesan. Haid saya makin teratur..."- itu komen Fara pada rakan yang lain.

Setibanya dirumah, papa memuji ikan masak merah tadi..nyumnyum..best sangat masak untuk org yang tersayang..winkwink ;)

sharing is caring.. am i right??

Friday, March 6, 2009

Permulaan pertama..


Merangkak ke satu destinasi yang ingin ditujui pasti dihujani dengan penuh mehnah dan tribulasi yang tidak sedikit mengguris hati, mematahkan sendi2 semangat dan kadangkala hampir kaki kaku melangkah dek airmata yang membasahi pipi.

Namun erti "hidup satu perjuangan" yang digagaskan Dato' Stapa dan Dato' Azlina yang merupakan pengasas De Classic Life atau DCL telah membuka ruang minda,kotak fikiran untuk meneroka jauh mencari pengertian diri seorang hamba.

Erti perkongsian ini sangat luas sifatnya. Tidak perlu berkongsi semua. Namun berkongsilah perkara yang memberi manfaat bukan sahaja pada diri malahan kepada manusia seluruhnya.

Sekadar ini sahaja buat kali ini. Walau bagaimanapun ianya akan sentiasa dibaiki dari masa ke masa baik pengisian,rencana dan seumpamanya sebaik mungkin insyaAllah. Usah terlalu banyak bercerita tentang pahit getir. Kelak ia menjadi punca timbul alasan yang menutup ruang2 peluang. Sehinggalah segala yang pahit itu bertukar menjadi manisan. Ia akan dikenang sepanjang zaman.

"Anda punya impian. Saya juga punya impian. Ayuh semua kita belajar erti kemanusiaan yang sebenar!!!"