Thursday, June 25, 2009

Antara emosi dan rasional

Pada 22 jun yang lalu, satu peristiwa telah berlaku.. di mana pertengkaran kecil melibatkan saya dan juga seorang staf ini. Saya pun tidak tahu dengan jelas apa puncanya. Yang pasti, ianya bermula apabila staf ini melembang barang yang ingin diserahkan pd cawangan yang berada diatas meja.. ianya diselerakkan 2,3 kali.. ketika itu saya mengadap komputer untuk mereleasekan tekanan yang biasa berlaku ketika kerja tengah bertimbun di ofis.

Saya rasa tak salah untuk saya melegakan tegangan yang saya hadapi dengan melayari internet. Kerana bagi saya masing2 ada cara sendiri bagaimana menguruskan tekanan. Ada yang bercakap2.. yang akhirnya boleh menjerumus kepada perbuatan mengumpat. Dan saya secara peribadi tidak suka sangat bercakap2. Apatah lagi ketika itu banyak kerja yang perlu diuruskan.

Saya agak kesal dengan sikap staf tersebut kerana menyelerakkan apa yg telah saya disusun. Saya pasti dia mencari sesuatu. Kalau dia susun balik tidak mengapa bagi saya. Tapi akhirnya dibiarkan barang2 itu berselerakan. Hal itu menyebabkan hati saya menjadi panas. Saya lalu menegur staf itu supaya bertanya saya apa yang dia ingin cari di bilik saya itu. Dan saya menegur perbuatannya yang menyelerakkan barang dan 2,3 kali mencari barang ditempat yang sama.

Teguran saya tadi tidak dihindarkan. Lalu dia keluar dengan barang yang berselerak dan dia tidak mendapat apa yang dia inginkan. Saya kembali meneruskan pelayaran saya di dunia siber. Terdapat beberapa sebab kenapa saya selalu dilihat melayari internet ketika waktu kerja.

1) Oleh kerana tugasan saya bertembung dengan persiapan untuk peperiksaan tadika, iaitu penggunaan mesin fotokopi waktu itu diperlukan oleh kedua2 pihak, saya dan unit peperiksaan, maka saya akan menyelesaikan dahulu apa yang saya mampu selesaikan ketika itu terlebih dahulu.

2) Dan selepas kerja-kerja itu selesai, saya akan melayari internet jika mesin sebijik itu masih digunakan oleh unit peperiksaan.

3) Saya harus memberi laluan pada unit tersebut memandangkan peperiksaan makin menjelang tiba.

Dalam situasi itu, saya perlu memikirkan banyak perkara. Hal yang banyak ini tidak saya kongsi dengan staf yang lain kerana saya fikir saya mampu melaksanakannya dan saya akan cuba melaksanakannya dengan baik. Walaupun sebelum ini(pengalaman2 dulu) ternyata pembahagian tugas dilakukan dengan baik.

1) Saya perlu segera menyiapkan segala surat2 untuk diedarkan kepada ibubapa kanak2 yang jumlahnya hampir 400 org yang dianggarkan menyertai Hari Keluarga dan Sukan dan lebih 500 untuk mohon sumbangan bagi yang tidak berkesempatan menyertai program tersebut. Dengan jumlah cawangan sebanyak 14 cawangan. Surat yang perlu diedarkan bukan satu surat untuk seorang budak. Tapi merangkumi surat sumbangan, pelan lokasi, surat makluman program, surat maklumbalas kehadiran,surat penyertaan kanak2 dan borang penyertaan ibubapa.

2) Pembahagiaan kupon dan segala kupon yang masih belum mencukupi perlu saya proses supaya sentiasa mencukupi apabila ada permintaan.

Saya perlu korbankan masa rehat saya untuk mengambil peluang melakukan fotostat ketika staf lain rehat dan tidak menggunakan mesin tersebut. Saya perlu melakukan aktiviti fotostat itu sedikit2 supaya tidak berlaku banyak pembaziran dari segi penggunaan kertas. Dan apabila tidak mencukupi terpaksa tunggu untuk memberi laluan pada unit peperiksaan. Begitulah dan seterusnya.

Namun, perasaan kecewa menyelubungi kerana terdapat staf seorang ini yang menuduh saya tidak buat kerja. Dalam erti kata lain saya tidak busy kerana melayari internet. Saya sangat terkilan. Dan dia siap bertanya pada saya apa yang saya buat selama ini..saya tidak menjawab soalan budak2 staf itu kerana bagi saya itu hanya membuang masa saya saja..lalu dia mengeraskan suara dia dengan menyuruh saya menjawab soalannya tadi... argh hati saya sudah lama bersabar dengan sikapnya.. apa yang dia dengki dengan saya pun saya tidak tahu.. akhirnya saya memanggil staf senior dibilik sebelah dan bertanya pada staf senior itu apa masalah staf lelaki sorang ni.. saya betul2 tidak faham..

to be cont..ed..

2 comments:

  1. seronok gak baca cite ni ...bila nak sambung...nak tahu kesudahan....ish-ish payah dugaan kerje kan, stress sungguh

    ReplyDelete
  2. struktur bahasa dan penyusunan agak longgar..tp boleh diperbaiki..

    ReplyDelete