Saturday, March 7, 2009
Kegawatan mengundang keluhan ini...
Seringkali kita mendengar orang di sekeliling kita mengeluh.
Antaranya adalah:
1. Saya teringin membahagiakan keluarga saya dengan memiliki
rumah, kenderaan selesa dan melancong. Namun, saya masih
banyak lagi komitmen lain yang perlu dipenuhi.
2. Setiap kali musim gaji, tugas saya hanya mengagihkan gaji
bulanan itu bagi menjelaskan pelbagai jenis bil dan hutang.
Belum sampai 15 hari bulan, saya sudah termenung dan
menunggu lagi tiba hujung bulan. Apalah nasib saya.
3. Kereta saya selalu meragam. Setiap bulan saya perlu bayar
ansuran. Dalam masa yang sama membayar kos membaikinya
yang sudah tentu lebih banyak daripada ansuran bulanan.
4. Ramai orang menyangkakan kami suami isteri banyak duit.
Tetapi mereka tidak tahu keadaan kami yang sebenarnya.
Saya selalu memikirkan bagaimanakah caranya untuk
mengekalkan tanggapan mereka.
5. Walaupun pendapatan kami berdua memang tinggi, namun kos
hidup yang tinggi menyebabkan kami sering kesempitan duit.
Kami memerlukan pendapatan tambahan.
6. Adik beradik saya sentiasa mencemuh saya kerana jarang
menyumbang kepada ibu bapa sepertimana yang mereka lakukan.
Saya terpaksa tebalkan muka dan pekakkan telinga kerana
saya sememangnya tidak mampu.
7. Setiap kali musim raya, hati saya sering gelisah memikirkan
baju raya anak-anak dan juadah istimewa untuk tetamu. Saya
terpaksa guna kad kredit/berhutang demi menjaga maruah.
Sahabatku, dapat dibuat kesimpulan bahawa rata-rata
masalah yang dihadapi oleh mereka adalah berkisar pada
masalah kewangan. Memang WANG bukanlah segala-galanya, tetapi
SEGALA-GALANYA memerlukan WANG. Hendak sekolahkan anak,
membina rumah, menunaikan Haji di Mekah, sehingga nak masuk
tandas awam pun kena guna WANG.
Adakah kita hanya sekadar mengeluh nasib yang menimpa diri
atau pun cuba melakukan sesuatu buat masa ini?
Keluhan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah.
Apa yang perlu bagi kita ialah bertindak, dengan kata lain.
Kurangkan perbelanjaan, tingkatkan pendapatan.
Apa yang perlu adalah kesanggupan. Tanya diri kita.
Sanggupkah saya mengeluarkan RM1000 untuk memiliki RM10,000?
Keluarlah dari zon selesa dan bertindak!
Semoga kita dapat merealisasikan matlamat untuk menjadi kaya raya
malah seorang jutawan!
Berikut adalah satu laman yang boleh dijadikan motivasi.
http://kisahjutawan.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment