Friday, March 6, 2009

Permulaan pertama..


Merangkak ke satu destinasi yang ingin ditujui pasti dihujani dengan penuh mehnah dan tribulasi yang tidak sedikit mengguris hati, mematahkan sendi2 semangat dan kadangkala hampir kaki kaku melangkah dek airmata yang membasahi pipi.

Namun erti "hidup satu perjuangan" yang digagaskan Dato' Stapa dan Dato' Azlina yang merupakan pengasas De Classic Life atau DCL telah membuka ruang minda,kotak fikiran untuk meneroka jauh mencari pengertian diri seorang hamba.

Erti perkongsian ini sangat luas sifatnya. Tidak perlu berkongsi semua. Namun berkongsilah perkara yang memberi manfaat bukan sahaja pada diri malahan kepada manusia seluruhnya.

Sekadar ini sahaja buat kali ini. Walau bagaimanapun ianya akan sentiasa dibaiki dari masa ke masa baik pengisian,rencana dan seumpamanya sebaik mungkin insyaAllah. Usah terlalu banyak bercerita tentang pahit getir. Kelak ia menjadi punca timbul alasan yang menutup ruang2 peluang. Sehinggalah segala yang pahit itu bertukar menjadi manisan. Ia akan dikenang sepanjang zaman.

"Anda punya impian. Saya juga punya impian. Ayuh semua kita belajar erti kemanusiaan yang sebenar!!!"

No comments:

Post a Comment